Tersenyum adalah sesuatu yang indah. Tanamlah hal yang indah itu dalam diri kita.

SELAMAT DATANG


Anda sedang mengunjungi blog dari Ceritakita-noer

SmiLe

SALAH satu bentuk reaksi kejiwaan yang ditampilkan manusia adalah senyum dan ianya merupakan salah satu bentuk kegembiraan ataupun rasa senang di hati. Dengan itu senyum dapat kita fahami hanya dengan melihat mimik wajah seseorang. Senyum dapat melambangkan kegembiraan ataupun kepuasan yang ditampilkan melalui wajah. Tetapi tidak semua senyum menampilkan gambaran tersebut.

Dengan itu pengertian senyum mengandungi pelbagai makna, adakalanya sukar untuk membuat definisi mengenai senyum, kerana ia merupakan gerakan yang kadang-kadang muncul secara mengejut. Dorongan yang menimbulkan reaksi sukar kita perhitungkan, kerana gambaran ataupun reaksi kejiwaan itu banyak sekali. Suatu reaksi kejiwaan timbul sebagai akibat dua keadaan yang saling bertentangan, seperti misalnya menangis kerana sedih ataupun senang. Ketawa dapat lahir pada saat kita mencapai kejayaan tetapi ketawa dapat pula timbul pada waktu kekalahan menghimpit kita. Ada sebuah ungkapan yang berbunyi: "Kesedihan yang menggelikan dan kesedihan yang menimbulkan tangis".

Sememangnya demikian sebab reaksi kejiwaan lembut seperti senyum dapat kita fahami hanya dengan mempergunakan kata-kata ringkas saja ataupun dapat kita fahami dalam pengertian yang berbeza-beza. Di dalam bahasa Arab terdapat pengertian: "Senyum itu ialah ketawanya ialah ketawa kecil dan bermakna baik”. Sementara dalam banyak huraian tentang sifat-sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dikatakan: “Kebanyakan ketawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lahir dalam bentuk senyuman".

Senyuman dapat disimpulkan pada dua gambaran iaitu senyuman seorang diri dan senyuman bersama. Senyuman seorang diri dan sama sekali tidak ada orang lain yang turut serta. Senyuman yang demikian itu timbul tatkala seorang itu sedang sendirian, berfikir, termenung dan teringat kejadian yang baik, yang menyenangkan atau sedang memikirkan dan merancang sesuatu yang diharapkan akan dapat mendatangkan keputusan yang baik ataupun keuntungan yang banyakManakala senyuman bersama adalah senyuman yang timbul antara seseorang dengan orang ramai atau dengan teman bicara. Sebuah senyuman muncul akibat ucapan atau perbuatan yang dilakukan oleh salah seorang atau oleh mereka bersama, yang dilihat oleh orang lain atau mereka bersama. Oleh kerana itu kita dapat menarik kesimpulan bahawa senyuman yang muncul oleh manusia itu adalah yang timbul secara bersamaan dengan reaksi-reaksi lainnya, yang memang dimiliki oleh setiap orang.Tidak berlebihan kiranya untuk mengatakan senyuman, ketawa wajah yang berseri-seri, jenaka, senda gurau berasal dari sebuah sumber yang sama. Semua itu lahir sebagai akibat daripada watak, naluri dan tabiat manusia yang kerana bosan dengan menghadapi perkara-perkara yang menuntut kesungguhan hati, kelelahan batin serta kemuraman wajah lalu melepaskan diri dari kemelut yang demikian itu dengan mencari hiburan hati dan kegembiraan kalbu. sumber : pelita brunai

Read More......
Terimakasih . .
Telah
Mengunjungi blog Ceritakita